Thursday 6 September 2018

DUA 2012 (SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM)





   

NAMA AHLI :
  1. NUR HAZIQAH BINTI ZAINAL (02DTM17F2012)
  2. MUHAMMAD AZROL BIN MOHD SABRI (02DTM17F2081)
  3. FATIN NABILA BINTI MOHD NOR (02DTM17F2045)
  4. LUQMAN HAKIM BIN AMRIN (02DTM17F2098)
  5. AZHANI SHAKIRA BINTI MD AZAM (02DTM17F2006)
  6. MOHAMAD SHAZRUL BIN SHAIFUL NIZAM (02DTM17F2057)





PERANAN AL-QURAN & AL-HADIS DALAM MELAHIRKAN MINDA MUSLIM SUPER






PENGHARGAAN:



Assalamualaikum

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan e-folio ini dengan jayanya. E-Folio yang ini amat penting buat kami dan sebahagian daripada kerja khusus bagi subjek Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam.

Sekalung penghargaan untuk , En. Fadhili Bin Muhammad kerana telah banyak memberikan bimbingan, dan dan tunjuk  ajar kepada kami semua.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sepanjang e-folio ini disiapkan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan  yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada kami. Bantuan kalian  amat kami hargai.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan e-folio ini.



Image result for al quran

PENGENALAN
Sains, teknologi dan kejuruteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan oleh allah swt melalui al – quran . Al – quran ialah sumber intelektual dan spiritual islam yang agung . Kalam allah swt ini adalah asas bukan hanya bagi agamadan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu pengetahuan . Al – quran juga merupakan satu sumber utama dan inspirasipandangan muslim tentang kesepaduan sains dan pengetahuan interlektual.
Al-Quran merupakan sumber rujukan nombor satu bagi umat Islam manakala Al-hadis merupakan sumber rujukan  kedua . Ia dipenuhi dalil serta bukti yang pelbagai berkaitan dengan alam, manusia serta sistem hidup. Al-Quran dan al-hadis berjaya membentuk umat Islam menjadi golongan yang progresif mindanya. Daripada al-Quran dan al-hadis , umat Islam memiliki kefahaman yang betul tentang alam dan kehidupan.

Sebagai contoh, umat Islam, lama sebelum lahirnya teori Big Bang, sudah mengetahui bahawa langit dan bumi pada asalnya bercantum padu sebelum bermula proses kejadian alam. Pengetahuan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 30 yang bermaksud, “Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian Kami pisahkan antara keduanya (fataq).” Kesan daripada ayat ini lahirlah pandangan sebagaimana yang diutarakan oleh ulama tabiin iaitu Imam Said bin Jubair yang telah meninggal lebih daripada seribu tahun dahulu. Beliau berkata, “Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini.”

Image result for al quran
Tambahan daripada itu, ulama Islam dari kalangan sahabat-sahabat nabi dan generasi selepas mereka juga telah mengetahui, berpandukan ayat-ayat al-Quran, bahawa proses kejadian bayi melalui pelbagai tahap, bermula dengan percantuman antara benih lelaki dengan benih perempuan. Mereka tidak pernah mengatakan bahawa kejadian bayi bermula dengan percantuman antara air mani lelaki dengan darah haid wanita seperti yang dinyatakan oleh Aristotle. Sebagai contoh sahabat nabi Abdullah ibn Abbas berkata, “Air lelaki telah bertemu dengan air perempuan kemudian ia bergabung dan bercantum dan selepas itu ia berubah daripada satu tahap ke satu tahap yang lain dan daripada satu keadaan ke satu keadaan yang lain dan daripada satu warna ke satu warna yang lain.” Pandangan yang sama juga telah dinyatakan oleh Imam Ikrimah, Mujahid, al-Hasan, dan Rabie’ bin Anas, seperti yang disebutkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim.

Image result for al quran

Di barat pula keadaannya adalah berbeza. Pakar-pakar biologi di sana, pada abad ke-17 dan 18 Masihi, masih lagi terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mengatakan bayi telah sedia wujud dalam sperma lelaki dalam bentuk yang kecil sebelum persetubuhan berlaku. Golongan ini dikenali sebagai homunculists. Golongan kedua pula yang dikenali sebagai golongan ovists, mempercayai bayi telah sedia wujud dalam ovari wanita. Apabila persetubuhan berlaku embrio-embrio kecil ini seolah-olahnya mendapat lampu hijau untuk terus hidup dan membesar. Hal ini dilaporkan di Human Developmental Anatomy Center (Research Collections, National Museum of Health and Medicine, Washington).

Lebih menakjubkan, para sahabat juga telah mengetahui bahawa kadar hujan yang turun di muka bumi adalah sama pada setiap tahun. Hal ini adalah berdasarkan beberapa firman Allah, antaranya ayat 11 dalam surah az-Zukhruf yang bermaksud, “Dialah yang menurunkan air dari langit mengikut kadar lalu Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati….”
Berhubung dengan ini, Ibn Kathir meriwayatkan kenyataan Abdullah ibn Abbas dan Abdullah ibn Masud yang berkata, “Tidaklah hujan yang turun pada suatu tahun melebihi kadar hujan yang turun pada tahun-tahun yang lain.”
Kenyataan mereka memang selari dengan penemuan sains moden kerana pusingan hidrologi dunia (hydrologic or water cycle) menunjukkan kadar hujan yang turun adalah sama pada setiap tahun. Hal ini disebutkan dalam Wikipedia Encyclopedia bersumberkan daripada NASA dan United States Geological Survey. Pakar-pakar menganggarkan air hujan yang turun dari langit ke bumi mencecah 513 trilion ton setiap setahun tanpa sebarang perubahan.

Justeru, ajaran islam berjaya membentuk minda saintifik lagi progresif di kalangan umat. Kesan daripada itu maka lahirlah saintis-saintis Muslim yang agung lagi mengagumkan. Kekaguman ini pernah disuarakan oleh seorang tokoh sains dari barat, George Sarton (1884-1956), dalam buku beliau yang bertajuk Introduction to the History of Science. Beliau berkata, “Memadai rasanya jika kita sekadar menyebutkan beberapa nama tokoh Islam yang tidak ada tandingannya di barat ketika itu. Antaranya ialah Jabir ibn Haiyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Fargani, al-Razi, Thabit ibn Qurra, al-Battani, Hunain ibn Ishaq, al-Farabi, Ibrahim ibn Sinan, al-Masudi, al-Tabari, Abul Wafa, Ali ibn Abbas, Abul Qasim, Ibn al-Jazzar, al-Biruni, Ibn Sina, Ibn Yunus, al-Kashi, Ibn al-Haitham, Ali Ibn Isa al-Ghazali, al-Zarqab dan Omar Khayyam. Inilah nama-nama yang mengagumkan dan lis ini adalah lebih panjang daripada ini. Jika ada seseorang memberitahu anda bahawa bumi Timur Tengah sebelum ini ketandusan sains, sebutkan nama-nama ini kepadanya. Kesemua mereka ini berkembang antara tahun 750 hingga 1100 Masihi.”


Al Quran menerangkan juga sistem pertahanan badan dan minda


Alhamdulillah , ke hadrat Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW seluruh ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin, mujahid, alim ulama, guru/ustaz, dan seluruh umat muslimin dan muslimat.


 Image result for al quran

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِلَالًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ الْجِبَالِ أَكْنَانًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَابِيلَ تَقِيكُمُ الْحَرَّ وَسَرَابِيلَ تَقِيكُم بَأْسَكُمْ ۚ كَذَ‌ٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ ﴿٨١﴾

Dan Allah telah jadikan untuk kamu apa-apa dari dzilaalan yang telah Dia ciptakan. Dan Dia jadikan untuk kamu (bahan-bahan) dari bukit-bukau sebagai (bahan-bahan) penutupan (perlindungan dan keselamatan) , dan Dia jadikan untuk kamu pakaian untuk memelihara dari kepanasan (tenaga getaran) dan pakaian untuk memelihara(melindung) dari tenaga kekuasaan yang sangat hebat kamu (seperti pencemaran radiasi yang dilakukan oleh manusia), demikian itu Dia telah sempurnakan nikmatNya ke atas kamu semoga kamu menyerah diri

Al-Quran adalah Super-super Computer


Umat islam tidak mahu mengkaji Al-Quran sebab ada segelintir para ulama'
 mengatakan Al-Quran adalah kitab umum yang tidak menjelaskan segala-galanya. Mereka kata kitab Al-Quran tidak mampu berdiri dengan sendiri, kitab Al-Quran memerlukan kepada kitab-kitab lain (untuk menjelaskan isi kandungannya). Mereka skeptikal dan tidak yakin kepada Al-Quran.
Melalui pengalaman semakin dikaji, saya nampak kitab Al-Quran adalah juga kitab sains dan ICT, bukan sahaja kitab agama (solat, puasa, zakat, halal, haram, dsbnya). Kitab Al-Quran adalah kitab yang “hidup”, yang tahu segala permasalahan manusia dan sentiasa menyediakan jalan penyelesaian. Oleh itu para alim ulama agama seharusnya mengaplikasikan penemuan-penemuan baru ini ke dalam amalan kehidupan seharian.
Bahkan semakin mendalam kajian saya, saya yakin bahawa Al-Quran itu adalah super-super computer. Cuba kaji bahasa yang digunakan Al-Quran (bahasa arab), cuba lihat pada i’rabnya, pada wazannya, adakah ianya lebih mirip kepada bahasa manusia atau kepada bahasa komputer?
Mana ada bahasa manusia menggunakan i’rab dan wazan (yang sistematik dan berfungsi) selain dari bahasa Arab dan bahasa komputer? Tanpa i’rab, tanpa “parameter” sistem komputer tidak boleh berfungsi. Malah konsep “wazan” (how to treat the verbs) yang digunakan dalam Al-Quran (bahasa Arab) digunakan dalam “artificial intelligence”, “neuro-programming” dan “very advanced computing”. Konsep wazan tidak ada digunakan dalam bahasa-bahasa lain selain dari komputer!
Cuba fikir kenapa Allah menyuruh manusia mengkaji ayat-ayat Al-Quran dengan metod “Al-Quran bi Al-Quran”? tidakkah metod ini amat pintar dan genius? Cuba fikir bolehkah seseorang pilot memandu pesawat Boeing 787 dengan menggunakan buku panduan Airbus A383? Bolehkan seseorang pomen membaiki kereta Ferrari dengan menggunakan buku panduan Perodua Kancil?
Sudah tentu tidak, kalau memandu pesawat Boeing mestilah menggunakan buku manual Boeing juga, dan kalau mahu betulkan kereta ferrari mestilah menggunakan buku manual Ferrari juga. Begitulah juga dengan Kitab Al-Quran, kalau mahu memahami dan mengeluarkan ilmu dari Al-Quran mestilah menggunakan buku panduan Al-Quran juga (Al-Quran bi Al-Quran).
Mungkin juga betul pendapat alim ulama bahawa Al-Quran bergantung kepada kitab-kitab hadith, tetapi mungkin ianya dalam domain agama sahaja, seperti untuk mengeluarkan ilmu dan fatwa agama, seperti cara-cara solat, mengerjakan haji dan sebagainya. Namun pada hakikatnya Al-Quran adalah kitab yang lengkap dan sempurna, yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menjana ilmu-ilmu petunjuk, ilmu-ilmu untuk membina kekuatan umat Islam, sistem pertahanan    minda, dan sebagainya
(sentiasa menjadi selamat). An-Nahla 16:81
 KAEDAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN AL-QURAN  DAN AL -HADIS

Image result for jadilah muslim super

Kita hendaklah membiasakan diri untuk sentiasa membaca al-Quran. Dengan cara ini kita juga akan dapat mengikut rentak. Alunkanlah selalu bacaan ayat-ayat suci al-Quran di dalam rumah, bilik-bilik tidur,kereta dan sebagainya.
· Seandainya kita tidak mahir dalam membaca al-Quran maka dapatkanlah atau cari guru yang mampu membantu mereka untuk lancar dan mahir dalam membaca al-Quran dengan betul dan tepat.
· kita hendaklah mengkhususkan atau meluangkan masa untuk berkumpul bersama ustaz, sahabat yang sentiasa dekatkan diri dengan masjid ,  bagi bertedarus al-Quran. Dengan cara ini juga dapat merapatkan hubungan sesama muslim.
· Biasakan diri untuk berinteraksi dengan al-Quran.
· Semarakkan kehidupan berkeluarga dengan bercerita kisah-kisah tauladan para nabi yang disebutkan dalam al-Quran dan al-hadis sebagai motivasi bagi anak-anak dalam membina akhlak dan keperibadian mereka.
· kita hendaklah membiasakan diri untuk mendengar dan menonton bacaan ayat-ayat suci al-Quran sama ada di radio atau televisyen.
· Membacakan ayat-ayat suci al-Quran sebelum tidur dan mengajarkan mereka untuk membaca potongan ayat-ayat al-Quran sebelum tidur.
· kita hendaklah mempunyai sikap sabar, ikhlas, tekun dan tabah dalam membentuk jiwa seperti jiwa al-Quran. Walaupun rasanya berat untuk dilaksanakan, akan tetapi ianya adalah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan. seperti mana yang kita tau al-quran adalah sifat rasulullah. Allah subhanahu wata’ala akan memberikan ganjaran pahala bagi sesiapa yang melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini telah dijelaskan dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Baihaqi iaitu daripada Abu Hurairah radhialllahu’anhu baginda bersabda:

مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ فِي شَبِيْبَتِهِ اِخْتَلَطَ الْقُرْآنُ بِلَحْمِهِ وَدَمِهِ ، وَمَنْ تَعَلَّمَهُ فِي كِبَرِهِ فَهُوَ يَنْفَلِتُ مِنْهُ وَلاَ يَتْرُكُهُ ، فَلَهُ أَجْرُهُ مَرَّتَيْن ِ

Maksudnya
Barangsiapa yang mempelajari al-Quran ketika masih muda maka al-Quran itu akan menyatu dengan daging dan darahnya. Dan barangsiapa yang mempelajari al-Quran ketika dewasa, sedangkan ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya (akan diajarkannya kepada orang lain), maka ia mendapatkan ganjaran pahala dua kali.

PENUTUP

    Informasi al-Quran dan al hadis tentang manusia secara umum dan perilaku mereka secara khusus adalah maklumat yang mutlak kebenarannya. Berita itu datang dan berasal daripada Maha Pencipta Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkehendak sesuatu yang berlaku ke atas hamba-Nya. Maka, setiap detik jantung, turun naik nafas, bisikan hati nurani dan perbuatan zahir dan batin semuanya dalam pengetahuan dan kehendak Allah SWT. Semuanya ada dalam pengawasan-Nya. Mana-mana teori yang dikemukakan oleh manusia tentang manusia dan tingkah lakunya dapat diuji kebenarannya dengan al-Quran dan Al-Hadis. Teori yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan Al-Hadis, boleh diterima dan teori yang bercanggah dengan al-Quran dan Al-Hadis mesti ditolak dan dibetulkan.Tamadun Islam hanya mampu dicapai sekiranya ia terpancar atas dasar yang termaktub di dalam al-Quran dan Al-Hadis. Hanya melalui al-Quran dan Al-Hadis .Segala nilai, prinsip, dasar dan hukum dapat dibangunkan dengan sempurna dan mampu membimbing dan memandu manusia mencapai perkembangan dan kesempurnaan hidup serta menyelesaikan segala persoalan-persoalan yang berlaku. Melalui al-Quran dan Al-Hadis tamadun dapat dibina merangkumi aspek pengabdian yang sebenarnya terhadap Allah swt, segala amalan yang dilakukan berasaskan akidah, nilai kemanusiaan diutamakan daripada nilai kebendaan, mengutuhkan institusi kekeluargaan, setiap individu dapat berfungsi sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi dengan ruang lingkup masing-masing dan kesejahteraan dapat dicapai samada di dunia mahupun di akhirat.

Image result for jadilah muslim super

RUJUKAN
  • https://dalamislam.com/landasan-agama/al-quran/fungsi-al-quran-bagi-umat-manusia
  • https://www.researchgate.net/publication/279914655_Al-Quran_dan_as-Sunnah_Teras_Ketamadunan_Manusia
  • https://pqssamttaj.wordpress.com/hadis/